Dikuasakan oleh Blogger.

Macam mana nak buat kalendar sendiri secara online dengan percuma?


Setiap hujung tahun, benda yang paling dicari-cari adalah kalendar untuk tahun berikutnya. Ada yang pergi kedai, beli barang semata-mata mahukan kalendar. Ada pula yang membodek bos masing-masing untuk 'mencilok' kalendar syarikat. Geng-geng Sales and Marketing pula, mereka ini paling meriah dengan kalendar-kalendar dari agen, pelanggan mahupun sub-con masing-masing.

Kalau dah usaha, tak dapat juga kalendar... macam mana ni? Ada caranya. Saya ingin kongsikan cara yang murah dan mudah ini... iaitu membuat kalendar sendiri secara online.


Kalau Google di internet, banyak aplikasi yang menyediakan perkhidmatan membuat kalendar sendiri. Bagi saya, saya berminat menggunakan perkhidmatan oleh timeanddate.com.

Apa yang menariknya dengan perkhidmatan mereka ini adalah kita boleh membuat kalendar sendiri dan memilih cuti umum negara pilihan kita. Apa yang perlu dilakukan sungguh mudah. Dengan hanya membuat tetapan pada antara muka yang disediakan, anda boleh terus mendapatkan kalendar anda dalam bentuk fail .pdf.

Sekiranya anda membuat tetapan Advanced Calendar Customizer, anda bukan sahaja boleh meletakkan cuti umum negara pilihan, malah boleh menambah event-event yang anda mahukan ke dalam kalendar. Contohnya, tarikh ulang tahun perkahwinan anda. Tak ada alasanlah anda lupa tarikh ulang tahun anda.

Jadi, bagaimana? Mudah bukan? Murah pula tu... bukan sekadar murah malah kalendar ini percuma! Dapatkan kalendar untuk diri anda sekarang.
_____
Selingan: Perkara-perkara menarik yang menjadi viral di internet pada tahun 2013.

0 comments:

Catat Ulasan

Sila lontarkan puji-pujian mahupun kritikan terhadap entri ini. Jadi, berapa bintang Cik Nora nak bagi?